Sambutan hari
penghargaan pastor ini adalah bertujuan untuk menghargai pekerja sepenuh masa
semua pastor dan penginjil yang tanpa kita sedari tanggungjawab mereka sangat berat kerana memerhatikan hal kerohanian dalam jemaat dalam dunia yang serba canggih ini. Maka kita haruslah sentiasa menyokong dan
mendukung mereka dalam doa-doa kita . Seperti tertulis dalam Yeremia
3:15 “ Aku akan mengangkat bagimu gembala-gembala yang sesuai dengan hati-Ku;
mereka akan mengembalakan kamu dengan pengetahuan dan pengertian”.
Acara dimulakan dengan Pujian dan Penyembahan yang dipimpin oleh Dieken Damus Luhat
Khotbah perkongsian firman Tuhan telah disampaikan oleh Pastor Jemputan dari BEM Merang, Ps Maja dengan Tema : " Nilai seorang hamba Tuhan "
Khotbah disampaikan oleh Ps Maja bertema Nilai Seorang Hamba Tuhan |
Acara seterusnya adalah Pemotongan Kek Hari Penghargaan Pastor oleh Keluarga Ps Norman dan Ps Maja seterusnya doa pengurapan dan pemberkatan oleh Panatua Gereja Uncle Mawan Bala.
Pemotongan Kek Hari Penghargaan Pastor |
Acara diteruskan dengan Pemberian Kasih dan Cenderamata kepada Pastor daripada Jemaat BEM Serian.
Pelayanan Wanita (Kaum Ibu), Kaum Bapa dan Pelayanan Kanak-kanak sekolah minggu telah menyampaikan kesaksian masing-masing untuk memeriahkan lagi acara pada hari tersebut.
Acara diakhiri dengan doa penutupan seterusnya Potbless.
No comments:
Post a Comment